Ramadan dan syawal thn empat
Kedatangan bulan yang mulia Ramadan amat di nanti-nantikan. Terlalu teruja untuk menjalani ibadah puasa dan melakukan solat sunat terawih..entah mengapa. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya akan ke Masjid Daerah. Masjid ini telah dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya jemaah akan berpeluh-peluh dan solat dalam keadaan tidak selesa. Tapi kini alhamdulillah bolehlah melaksanakan ibadah dengan selesa ditambahi dengan monitor di beberapa tiang membantu jemaah menjalani solat sunat ini selain memaparkan tajuk tazkirah zohor setiap hari dengan tajuk yang berbeza. Dalam minggu kedua berpuasa says ke Kuala Lumpur. Satu pengalaman baru selama 4 tahun berpuasa selepas pemergian bonda tercinta. Saya menaiki bas. Seperti tahun-tahun sebelumnya pemandu bas akan sampai lewat sedikit kerana berhenti berbuka tetapi tahun ini tepat jam 7 petang bas sudah muncul dan setelah mengambil semua penumpang, bas terus berjalan....