UMRAH 2018 - 17.11.2018
Sedih..Hari ini akan berangkat ke Jeddah. Apakah saya akan merasa kerinduan akan Masjidil Haram nanti, macam-macam perkara bermain di fikiran. Kami dimaklumkan oleh Mutawwif agar melakukan tawaf wida' sebelum solat zohor. Kami juga dimaklumkan selepas tawaf wida terus balik ke hotel. Kami akur akan pesanan nya. Kami di walkator menuju ke Masjidil Haram. Sekumpulan jemaah minum dan mengambil air. Air zam zam disediakan dalam bekas seperti ini Sebelum masuk ke Masjidil Haram kami minum air zam zam mengadap ke arah kiblat dengan tiga kali nafas dan teguk. Setiap kali nafas, sebut Alhamdullilah dan setiap kali minum dengan baca Bismillahirrahmanirrahim. Berdoa dan minum dengan tangan kanan. Zam-zam bermaksud air yang melimpah. Telaga ini terletak lebih kurang 20 meter sebelah tenggara kaabah. Mengeluarkan air yang tidak perlu dirawat dan tidak pernah kering. Mukjizat Nabi Ismail b...