NEW ZEALAND VI
Hari ini merupakan hari terakhir berada di Queenstown. Mengikut perancangan kami akan menaiki pesawat demi pesawat untuk kembali ke Malaysia. Memandangkan flight kami lewat untuk ke Auckland, kami sempat sekejap membeli belah. Ada lagi yang tertinggal. Sambil menyelam minum air...sambil shopping sambil bergambar. Kami sempat bergambar dengan Minah salleh yang kebetulan lalu semasa saya dan kakak mengambil gambar. Beliau,menawarkan diri untuk mengambil gambar kami. Di tengah bandar Queenstown Kelihatan kerusi kayu di hadapan kedai minum bagi memudahkan pelanggan. Inilah harga yang dipaparkan di hadapan kedai yang menawarkan perkhidmatan pelancungan. Kami kemudian bergegas balik ke apartment untuk check out jam 10 pagi. Memandangkan masa ada masa, kami bersiar-siar di sekitar Queenstown termasuk Gondolla (kereta kabel) dan di tasik Queenstown. Jam 1.30 petang...