Posts

AGAR-AGAR GULA MERAH

Image
Bahan-bahan: 1/2 paket agar-agar tali 5 cawan kecil air 1 cawan kecil gula merah 3/4 cawan kecil gula 2 cawan kecil santan 1 biji telor Daun pandan Cara membuat: Satukan agar-agar dengan air, gula merah, gula dan daun pandan.  Masak hingga mendidih. Sementara itu, blend dengan pemutar telor santan bersama telor. Masukkan ke dalam agar-agar, pelahankan api.  Kacau hingga mendidih. Angkat dan tuang ke dalam bekas. Simpan di dalam peti sejuk.

QALBUN SALIM 2

Image
Alhamdulillah...hari pertama (dalam tempoh percutian sebelum bersara) saya telah diatur untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid Wilayah.  Kelihatan sudah ramai orang.  Terdapat pelbagai jualan di ruang bawah dalam bangunan seperti jualan roti, durian crepe, kopi, make up dan lain-lain. Saya dan kakak melewati booth jualan dan terus mendaftar. Setelah itu kami beredar ke tingkat satu bagi menikmati sarapan pagi yang disediakan iaitu mee goreng, kuih dua jenis dan air panas. Setelah itu kami turun ke tingkat bawah dan beratur di pintu dewan.  Satu kejutan buat saya yang baru pertama kali ke sini, walau pun ki beratur tetapi bersesak-sesak / berebut-rebut masuk ke dalam.  Rupa-rupanya ada yang masuk awal menanda dalam jumlah yang banyak untuk rakan-rakannya.  Subhanallah! Saya terpeka kerana yang melakukannya orang yang berumur.  Memandangkan majlis ilmu ini berbayar adalah tidak adil untuk yang lain sehinggakan terjadi sedikit perbalahan kerana tempat ya...

YOGYAKARTA HARI KE EMPAT

Image
Hari ini kami bersarapan seperti biasa.  2 kenderaan hotel menunggu untuk menghantar kami ke airport.   Bayaran yang dikenakan Rp 150000 bagi satu kenderaan.   Kami sempat meminta pemandu untuk mengambil gambar kami di hadapan hotel penginapan kami sebelum ke airport. Sampai di airport saya pun mula membaca whatsapp dari Buah Hati langkah-langkah untuk pulang.  Pertama kami perlu merancang berat bag dan seimbangkan antara kami.  Saya telah check in pergi dan balik secara on line jadi bab ini memang tiada masalah.  Cuma dibimbangi berat bag melebihi had yang ditetapkan.  Saya pada mulanya pernah bertanyakan di kaunter hotel samada di sediakan timbangan untuk bag, namun jawapan mendukacitakan.   Kebetulan timbangan disediakan berhampiran kaunter luggage.  Kami menimbang bag dan mendapati berat keseluruhan melebihi.  Jadi redha je lah kalau perlu bayar tambahan.  Namun setelah ditimbang di kaunter AirAsia, kami masih ada baki...

YOGYAKARTA HARI KETIGA

Image
Hari ini kami dimaklumkan oleh Buah Hati yang kami akan Merapi menaiki jip.  Rasanya yang ini luar dari tentatif lawatan yang asal.   Macam menarik ni.   Selesai sarapan pagi macam biasa Eko akan datang tepat pada waktunya.  Perjalanan kami mengambil masa dua jam.  Saya seperti biasa akan melihat ke luar untuk mengambil gambar yang menarik walau pun tangan masih sakit. Semakin kecil jalan menuju ke Merapi.Tiket berharga Rp350,000 untuk 60 minit. Waktu masuk mulai 8 pagi hingga 6 petang.  Sebenarnya ada empat peringkat sehingga tempoh empat jam maknanya lagi jauh dan lagi rapat dengan puncak Merapi.  Semakin jauh swmakin lumayan rupiah. Maaf gambar terbalik..  Untuk makluman Merapi ini terletak di sempadan tengah Jawa dan Yogyakarta dengan ketinggian 9800 kaki (3000 meter).  Gunung Merapi ini meletus dahsyat akhir November 2010.  Semua rumah hancur disapu awan panas. Di sepanjang perjalanan kelihatan orang memotong rumput untuk beri makan...