MAJLIS PERPISAHAN
Kedua-dua individu ini sangat berjasa pada pandangan saya. Walaupun jawatan tidak setinggi mana tetapi saya sangat menyenangi mereka mungkin kerana sikap mereka. Kini mereka telah mula bercuti bersara. Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi ketinggian, nama dan perangai. Pendekata macam kembar tidak seiras. Saya selalu mencuba mereka dengan memberikan mereka sesuatu tugasan, alhamdulillah mereka laksanakan dengan tekun dan begitu fokus. Bagi mengingati jasa mereka satu makan malam telah diadakan atas usul daripada bos. Jamuan ini memang sepatutnya telah diadakan dua minggu yang lalu tetapi memandangkan kekangan dari segi masa maka ia ditangguhkan dulu. Perancangan diatur dan tempat yang difikirkan sesuai dan agak privasi adalah di Chedoq. Setelah pengesahan kehadiran diperolehi saya dan tiga yang lain memikirkan menu BBQ atas permintaan bos. Saya macam biasa walau majlis tu biasa-biasa jer tetap akan cuba memastikan agar majlis te...