Posts

Kek Butter

Image
Bahan-bahan: 5 biji telor 7 aun gula halus 7 aun mentega 7 aun gandum 2 sudu susu manis Sedikit baking powder Vanila Cara membuat: Pukul putih telor bersama baking powder dan vanila hingga kembang mbang. Masukan gula pukul lagi hingga halus. Masukan merah telor pukul lagi sampai kembang bersama susu manis. Masukan tepung kacau sampai rata. Masuk ke dlm acuan yg telah dilapis dengan kertas minyak dan bakar. Peristiwa: Resepi ini adalah resepi asal allahyarhamah ibu tercinta. Baru pertama kali mencuba atas permintaan seorang sahabat yang teringin sangat makan kek ini. Alhamdulillah sedap katanya.

Kuih Bakar

Image
Bahan-Bahan: 3 biji telor 2 kotak kecil santan 1 kotak air 1/2 cawan gula Daun pandan 2 cawan tepung 2 sudu susu manis Cara membuat: Campur kesemua bahan ke dalam blender.  Blend hingga hancur. Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah disapu dengan minyak. Bakar selama 20 hingga 25 minit sekiranya menggunakan periuk ajaib. Cerita disebalik kuih bakar: Resepi ini diberi oleh seseorang yang mana dia sendiri tidak sempat mencubanya sendiri.  Dia peroleh resepi daripada saudaranya.  Baru-baru ini pula sahabat Nor mencuba memasak resepi ini untuk majlis jamuan di pejabat.  Ramai rakan-rakan memuji katanya sedap dan ada yang meminta resepi untuk mencubanya sendiri. Bercakap pasal kuih bakar teringat arwah ibu dulu selalu buat kuih ini cuma resepinya tidak sempat diambil. Alfatihah buat ibu ku kamu tetap di hati....

Kek Gulong Batik

Image
Bahan-Bahan: 9 biji kuning telor 6 biji putih telor 110 gm gandum 150 gm gula 2 sudu teh baking powder 1 sudu besar chocolate paste 60 gm tepung jagung 1 sudu besar quick 75 70 gm mentega cair Cara membuat: Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair. Putar sampai semuanya sebati. Masukkan mentega cair. Sediakan bekas pembakar dan alaskan dengan kertas minyak. Masukkan 3 Senduk saiz sedang ke dalam dulang pembakar. 1 Senduk lagi dimasukkan 2 sudu teh cappucino paste. Lorekkan ke dalam adunan tadi. Bakar sehingga kekuningan antara 10 - 15 minit. Angkat dan keluarkan dari bekas pembakar tadi. Terbalikkan dan sapu dengan jem. Gulung kek ini kemas-kemas. Sejukkan dan potong.  Sedia untuk dimakan. Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini diperoleh dari buku resepi.  Beberapa kali mencubanya semasa arwah emak ada.  Beliau memberikan peransang agar Nor terus mencuba hingga menjadi.  Alhamdulillah berjaya akhirnya.  Pernah menerima tempahan sebel...

Puding Buih

Image
Bahan-bahan: 1 paket agar-agar 37.5  gram 1/2 cawan gula 2 biji merah telor 5 biji putih telor 6 gelas air Cara-cara membuat: Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. Putar putih telur hingga naik. Masukkan merah telor satu persatu. Masukkan gula dan esen vanila. Masukkan agar-agar tadi yang telah suam sedikit demi sedikit.  Putar hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam peti sejuk. Untuk kuah: 3 biji merah telor 4 tin susu cair 1 sudu makan  custard Gula secukup rasa Cara membuat: Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Masak hingga mendidih Sejukkan. Cerita disebalik resepi ini: Arwah ibu selalu membuat puding ini.  Beliau tidak kedekut memberi resepi kepada orang lain.  Teringat beliau memberikan resepi dan cara membuatnya kepada seorang cikgu India jiran sebelah rumah semasa kami menetap di Temerloh, Pahang -Bukit Angin.  Mereka bertukar-tukar resepi.  Arwah emak belajar pula buat maruku den...

Agar-Agar Kacang Kenduri

Image
Bahan-bahan: 5 gelas air 1 paket agar-agar 2 gelas santan Gula secukup rasa 1/2 cawan serbuk kacang hijau Cara membuat: Masak agar-agar bersama air hingga mendidih Masukkan santan dan gula Masukkan serbuk kacang hijau Masak sampai mendidih Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini diperolehi daripada Kak Tik (kakak ipar arwah Kak Zee) sewaktu Hari Raya beberapa tahun yang lalu.  Baru hari ini berkesempatan mencubanya.  Beliau menetap di Segamat, Johor dan sering menerima tempahan kuih termasuk kek buah kukus dan sebagainya.. Tiba-tiba teringatkan resepi ini.   Bawa ke kenduri persaraan anak saudara di Sepakat. Alhamdulillah menjadi. 

Resepi kedua (Puding Agar-Agar Roti)

Image
Bahan-bahan: 1 paket agar-agar (10 gram) 2 1/2 gelas air 2 keping roti 1/2 gelas susu cair Gula 2 biji telor Cara membuat: Masak agar-agar bersama air, masukkan gula masak hingga gula larut. Blend susu cair, roti  dan telor. Masukkan ke dalam agar-agar tadi.  Masak. Bahagikan adunan kepada dua bahagian (2 warna berlainan).  Masukkan ke dalam bekas secara berselang seli warna hingga habis. Sejukkan. Resepi ini diperolehi dari rakan FB.  Dimasak mengatasi stress kerana perlu menghabiskan tugas penting sewaktu cuti peristiwa 4 November 2013. 

Percutian Di Sabah (Bahagian Enam)

Tiba di Rompin jam 5.00 petang.  Alhamdulillah.  Terima kasih kepada Wan Chik's family kerana sudi mengikuti percutian ini dan melalui saat manis di sana bersama.  Terima kasih juga kepada Lydia yang bersusah payah mengurus tempat penginapan (walau pun dimarahi oleh pemilik apartment kerana berlaku sedikit salah faham) harap-harap tidak serik.  Terima kasih juga kepada Epol kerana membawa kami makan di tempat makan (seafood) yang sedap.  Tidak ketinggalan Baha sekeluarga (anak anda menceriakan kami), Nasya, seronok nampak di Mari-Mari mentang-mentang di situ ada awek cun..terima kasih kerana sanggup menemani sewaktu membeli belah di pasar Philiphina.  Keletah lawak spontan di airport KK mencuit hati.  Faridah kenalan rapat yang sentiasa lewat dalam setiap aktiviti yang diadakan turut menggamit memori indah selama 4 hari berada di Sabah.