Posts

YOGYAKARTA HARI 1

Image
Selesai solat subuh di surau yang disediakan kami berkumpul di tempat asal tadi.  Kami kemudian mengambil keputusan untuk sarapan pagi di Food Court.  Masing-masing membeli mengikut citarasa masing-masing.  Semasa makan kakak dan Buah Hati sampai.  Mereka turut sarapan bersama.  Muka masing-masing sudah ceria tika ini. Kami kemudian beredar untuk urusan check in tetapi menghadapi masalah kerana pembelian tiket tidak termasuk baggage... Hu hu salah faham di sini.  Maafkan saya ya! Pertama kali beli tiket kapal terbang secara on line sendiri.  Jawapnya kena bayarlah sikit sorang. Sementara menunggu boarding time saya dan kakak sempat bergambar.. Kami kemudian menaiki pesawat.  Penerbangan mengambil masa dua jam setengah.  Saya dan Hanis beli karipap (panas) RM6.00 tiga biji, brownies dan air. Agak cuak juga rasa hati setelah diumumkan pesawat akan mendarat tidak lama lagi.  Melihat keluar tingkap awan tebal. Kapalterbang berlegar-...

YOGYAKARTA

Image
Dua tiga bulan perancangan untuk bercuti ke luar negara.  Akhirnya mencapai kata sepakat untuk ke Yogyakarta.  Akhirnya tiket penerbangan diurus sendiri oleh saya dan rakan manakala penginapan dan transport diurus oleh anak saudara.  Di sana nanti kami dibawa rakan anak saudara yang sememangnya orang Indonesia.  Sehingga kini jumlah perbelanjaan ke sana termasuk tiket kapalterbang, penginapan, pengangkutan dan makan minum dalam RM894.05.  Saya seperti biasa dalam tempuh dua minggu mula mengemas baju bagi tempuh 4 hari 3 malam di sana.  Mana yang terlintas di kepala terus di simpan dalam bagasi.  Biasalah tu.. 20hb (Hari Jumaat) kami bergerak menggunakan dua kenderaan.  Memandangkan ada yang belum tukar duit kepada matawang Indonesia Rupiah kami singgah di Aeon Seremban2.  Sempat jumpa Permata Hati, suami dan anak-anaknya di situ. Seterusnya kami menuju ke Park n Ride Salak Tinggi.  Difahamkan bayaran parking di sini murah.  Samp...

TAU FU FA

Image
Dalam bulan Ramadhan saya suka Menyediakan pencuci mulut.   Antara yang saya buat adalah Tau Fu Fa.   Saya tertarik dengan satu resepi yg saya perolehi dari u tube kerana bahan dan cara membuatnya sangat mudah. Bahan-bahan: 1/3 agar-agar tali 1 kotak soya bean 1 cawan air Panaskan agar-agar bersama air.   Setelah agar-agar larut masukan soya bean dan kacau hingga menggelegak. Tuang ke dalam bekas dan sejukan. 2 keping gula melaka Sedikit air Larutkan keduanya.

Mengait 1

Image
Sudah lama saya tidak menggunakan media ini kerana kesebukan dengan kerja harian.   Saja nak kongsi rasa bagi mengisi masa lapang.   Kebosanan mula melanda terutama bertembung cuti am samada pada hari Jumaat dan Isnin. Saya mula tercari-cari sesuatu untuk mengisi masa lapang.   Entah macamana saya terjumpa group mengait dalam facebook.  Macam-macam dikongsi untuk tatapan ahli group seperti memaparkan hasil kait dan patern.   Tertarik dengan aktiviti ini dengan melihat kreativiti ahli mengait pelbagai jenis kaitan seperti alas meja,  kotak tissue,  bunga,  bekas telur dan banyak lagi.   Saya juga melihat Pinterest dan youtube.. Menarik dan luar biasa.  Patern yang belum pernah saya lihat. Maka saya mula membeli benang di Daiso.   Dengan menggunakan patern ini saya mula mengait.  Saya tambahka. Lagi dengan benang Minlon l Hasilnya... 

CHIANGMAI, THAILAND IV

Image
Hari ini awal pagi saya pastikan semua barang telah dikemas dan disimpan dalam bag.  Sekejap je berada di sini dah nak balik.   Kami bergerak turun dengan membawa bag pakaian.  Minum pagi sebentar di kafetaria hotel.   Ruang makannya luas dan terdapat pelbagai jenis makanan termasuk nasi beriani.   Tapi saya tidak, menjamah nya .  Saya hanya makan roti Bakar dan buah-buahan.   Selesai sarapan,  saya dan lain-lain menuju ke bas.   Kami dibawa menuju ke 3D Museum Chiangmai.   Tidak sempat merakam gambar di bahagian luar.  Segala bayaran telah termasuk dalam pakej kami.   Masuk sahaja kami mula teruja untuk bergambar.   Lihatlah hasilnya di sini. Masih boleh senyum....  Terkurung dalam botol...  Minum sebotol dengan beruang kutub... Bolehlah Aksi tidak menjadi...  Ada hati nak lawan Pak Belang Dahaganya minum jap Seperti puteri rasanya,  pute...