Posts

JAKARTA HARI KETIGA 2018

Image
Pagi pagi lagi kami turun ke shopping mall..Hari ini baru jelas melihat jualan berbanding semalam. Sempatlah kami membeli sehelai dua. Kami ke shopping mall (lupa namanya) dengan menaiki teksi.  Tidak lama di sini kerana kami perlu mengemas bagasi kami. Dalam jam 5.00 petang kami menaiki teksi ke airport.  Kami berbuka puasa di dalam teksi dengan meminum air sahaja.  Pemandu teksi memaklumkan kepada kami untuk berbuka. Sampai sahaja ke airport, kami menunaikan solat maghrib dan isya di surau airport seterusnya check in bagasi.  Kami makan di kafetaria berhampiran dan terus bergegas untuk check in. Sesungguhnya perjalanan kali ini di bulan ramadhan merupakan pengalaman baharu bagi saya.  Walau  pun agak penat tetapi seronok. Terima kasih kepada buah hati @opie sofia menemani saya dan kakak ke sana

JAKARTA 2018

Image
Alhamdulillah saya, kakak dan buah hati telah memperuntukkan beberapa hari di bulan Ramadhan bagi percutian bersama di dalam kesibukan buah hati. Pada mulanya kami telah merancang untuk ke Jakarta dan Bandung namun di saat akhir ianya ditukar kepada Jakarta sahaja.  Tempahan tiket dilakukan di saat beberapa hari lagi ke Jakarta kerana buah hati cuba mendapatkan harga tiket yang rendah.  Pakaian dikemas di saat akhir kami akan berangkat.  Di dalam kekalutan memikirkan apa yang perlu dibawa dan dibimbangi perkara-perkara penting tertinggal. Pada hari Jumaat pagi jam 7.30 pagi, kami membawa kenderaan sendiri ke KLIA dan menyimpannya di parking lot berhampiran. Penerbangan kami menggunakan Malaysia Airline System (MAS).  Tidak terlalu jauh nak berjalan untuk ke gate. Di dalam penerbangan saya tidur kerana bau makanan mula dihidu.  Maka inilah bermula cabaran saya melawan nafsu makan.  Kami ditanya samada mahu makan atau tidak.  Sudah tentu jawapann...

AGAR-AGAR GULA MERAH

Image
Bahan-bahan: 1/2 paket agar-agar tali 5 cawan kecil air 1 cawan kecil gula merah 3/4 cawan kecil gula 2 cawan kecil santan 1 biji telor Daun pandan Cara membuat: Satukan agar-agar dengan air, gula merah, gula dan daun pandan.  Masak hingga mendidih. Sementara itu, blend dengan pemutar telor santan bersama telor. Masukkan ke dalam agar-agar, pelahankan api.  Kacau hingga mendidih. Angkat dan tuang ke dalam bekas. Simpan di dalam peti sejuk.

QALBUN SALIM 2

Image
Alhamdulillah...hari pertama (dalam tempoh percutian sebelum bersara) saya telah diatur untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid Wilayah.  Kelihatan sudah ramai orang.  Terdapat pelbagai jualan di ruang bawah dalam bangunan seperti jualan roti, durian crepe, kopi, make up dan lain-lain. Saya dan kakak melewati booth jualan dan terus mendaftar. Setelah itu kami beredar ke tingkat satu bagi menikmati sarapan pagi yang disediakan iaitu mee goreng, kuih dua jenis dan air panas. Setelah itu kami turun ke tingkat bawah dan beratur di pintu dewan.  Satu kejutan buat saya yang baru pertama kali ke sini, walau pun ki beratur tetapi bersesak-sesak / berebut-rebut masuk ke dalam.  Rupa-rupanya ada yang masuk awal menanda dalam jumlah yang banyak untuk rakan-rakannya.  Subhanallah! Saya terpeka kerana yang melakukannya orang yang berumur.  Memandangkan majlis ilmu ini berbayar adalah tidak adil untuk yang lain sehinggakan terjadi sedikit perbalahan kerana tempat ya...

YOGYAKARTA HARI KE EMPAT

Image
Hari ini kami bersarapan seperti biasa.  2 kenderaan hotel menunggu untuk menghantar kami ke airport.   Bayaran yang dikenakan Rp 150000 bagi satu kenderaan.   Kami sempat meminta pemandu untuk mengambil gambar kami di hadapan hotel penginapan kami sebelum ke airport. Sampai di airport saya pun mula membaca whatsapp dari Buah Hati langkah-langkah untuk pulang.  Pertama kami perlu merancang berat bag dan seimbangkan antara kami.  Saya telah check in pergi dan balik secara on line jadi bab ini memang tiada masalah.  Cuma dibimbangi berat bag melebihi had yang ditetapkan.  Saya pada mulanya pernah bertanyakan di kaunter hotel samada di sediakan timbangan untuk bag, namun jawapan mendukacitakan.   Kebetulan timbangan disediakan berhampiran kaunter luggage.  Kami menimbang bag dan mendapati berat keseluruhan melebihi.  Jadi redha je lah kalau perlu bayar tambahan.  Namun setelah ditimbang di kaunter AirAsia, kami masih ada baki...

YOGYAKARTA HARI KETIGA

Image
Hari ini kami dimaklumkan oleh Buah Hati yang kami akan Merapi menaiki jip.  Rasanya yang ini luar dari tentatif lawatan yang asal.   Macam menarik ni.   Selesai sarapan pagi macam biasa Eko akan datang tepat pada waktunya.  Perjalanan kami mengambil masa dua jam.  Saya seperti biasa akan melihat ke luar untuk mengambil gambar yang menarik walau pun tangan masih sakit. Semakin kecil jalan menuju ke Merapi.Tiket berharga Rp350,000 untuk 60 minit. Waktu masuk mulai 8 pagi hingga 6 petang.  Sebenarnya ada empat peringkat sehingga tempoh empat jam maknanya lagi jauh dan lagi rapat dengan puncak Merapi.  Semakin jauh swmakin lumayan rupiah. Maaf gambar terbalik..  Untuk makluman Merapi ini terletak di sempadan tengah Jawa dan Yogyakarta dengan ketinggian 9800 kaki (3000 meter).  Gunung Merapi ini meletus dahsyat akhir November 2010.  Semua rumah hancur disapu awan panas. Di sepanjang perjalanan kelihatan orang memotong rumput untuk beri makan...