Posts

PUDING BERSARI BUAH

Image
Bahan-Bahan: Bahan Bahan A Agar-agar tali 1 paket 2 1/4  gelas air 1 penutup esen pandan 1 sudu kecil gula batu (jika ada) 1 cawan gula Bahan Bahan B 5 biji kuning telor 1/2 sudu kecil garam 1/2 tin susu cair 1 kotak santan 1 sudu besar tepong kastad 2 gelas air Bahan Bahan C 5 biji putih telor 1 cawan dari bahan A yang sudah dilabur Cara membuat: Bahan A Masak agar agar bersama air dan lesen pandan hingga agar-agar larut. Masukkan gula hingga hancur. Perlahankan api. Kemudian masak bahan B dalam periuk berasingan. Letak sedikit esen (terpulang/bergantung citarasa kita).  Masak hingga mendidih. Tutup api. Putar putih telor hingga apabila diterbalikkan bekas ianya tidak jatuh. Masukkan sebahagian dari bahan A sedikit demi sedikit. Lebihan / sebahagian dari bahan A di masukkan ke dalam bahan B dan kacau di atas api. Tuangkan bahan ini ke dalam bekas atau acuan. Tuangkan pula bahan C di atasnya semasa panas. Taburkan buah campuran di atasnya ser...

BANDUNG 5.1.2019

Image
Hari ini kami akan berangkat pulang.  Biasanya  meja ini kami akan duduk bersarapan dan mengambil gambar sebagai kenangan. Bergambar di ruang makan hotel. Kami kemudiannya mengambil teksi untuk ke airport.  Setelah selesai semua urusan check in, kami minum di kafe di Airport. Ternyata percutian saya kali ini sangat menarik kerana dapat melihat tempat orang.  Di sini saya pelajari: 1. Menggunakan setiap tanah yang ada sebagai contoh di penginapan saya di Lembang.  Padi di tanam selain mendapat hasil ia mencantikkan pemandangan. 2. Menggunakan barang buangan seperti akar kayu dijadikan penghadang atau dinding seperti di floating market. Sekian....

BANDUNG 4.1.2019

Image
Pagi ni saya sarapan bubur dan roti bakar walaupun banyak pilihan lain di penginapan kami yang kedua iaitu  Aula Hotel.  Lokasinya tidak jauh dengan Heritage.  Boleh jalan kaki jer.. Ruang makan yang menarik dan selesa. Kami di bawa ke Rumah Mode..pernah ke sini bersama group ofis beberapa tahun lalu.  Banyak perubahan selain jual baju dan barangan kulit, terdapat ruang makan.  Tapi kini ruang makannya makin banyak..dah macam food court pula. Ruang masuk Rumah Mode Lihatlah di salah satu kedai makan..sungguh banyak pilihan lauk. Antara lauk di atas yang ini kami pilih sebagai sajian makan tengahari kami. Goreng pisang cheese turut menjadi pilihan kami. Setelah kenyang, kami ke  Lereng Anteng.  Selain menyajikan tempat makan, kita boleh melihat Panorama yang indah.  Di sini banyak tempat minum dengan panorama yang indah.  Cuma kena turun naik tangga. ...

Bandung 3.1.2019

Image
Inilah Jadul Village tempat penginapan kami.  Lokasinya di Lembang.  Di kawasan pergunungan.  Suhunya dingin sekali.   Bahagian depan chalet.  Pintu dan tingkap dua lapis. Bilik Air dengan keunikan bath tub.  Bagi yang selesa dengan shower disediakan ruang bersebelahan dan tandas di satu ruang yang lain. Bahagian depan chalet Ruang tidur Bahagian sisi ke Bilik Air (dari luar) lanskap yang menarik dengan pokok yang segar menghijau.  Bahagian depan Chalet disediakan kerusi dan meja. Di sini kami minum pagi.  Ruang yang luas dan terbuka. Di restoran (dipamirkan setereka lama dalam pelbagai warna,) Di restoran Hiasan di Restoran Sinki dengan hiasan piring di dinding Almari lama dijadikan hiasan di Restoran Padi ditanam di kawasan persekitaran Sempat bergambar di hadapan salah satu chalet.  Yang menariknya setiap chalet reka bentuknya tidak sama.  Lihatlah seper...