Posts

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 3

Image
Selepas sarapan pagi dan check out hotel, hari ni kami dibawa ke Noongnooch Village yang luasnya lebih kurang 600 ekar.  Kami diberi tiket masuk dan gambar di bawah ini adalah laluan pintu masuk yang perlu discan barkod menggunakan tiket yang diberi oleh Intratama. Di bahagian luar terdapat pelbagai jualan seperti cenderahati, aiskrim dan replika dinasour. Bergambar dahulu beramai-ramai di pintu masuk bahagian dalam sebagai kenang-kenangan. Melalui kawasan kektus. Juga melalui kawasan gajah.  Boleh bergambar! Memandangkan kawasannya yang luas kami dibawa menaiki buggy yang disediakan mengelilingi kawasan ini. Singgah sebentar di taman orkid.  Memasukkan taman tersebut kami melalui senibina yang dibuat dari pasu kecil. Buggy singgah kali kedua.. Cantik landskap taman.. Bergambar bersama replika burung hantu!  Kemudian menapak sekejap di kawasan dinasour! Hari semakin panas. Kami semuanya menaiki buggy untuk melihat pertunjukan kebudayaan di auditorium . Pelbagai segme...

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 2

Image
Semalaman tidur tidak berapa lena kerana kekerapan keretapi berhenti.  Gegaran terasa apabila keretapi bergerak laju.  Seusai solat subuh petugas kembali menjalankan tugas melaraskan semula tempat tidur kembali asal.  Hari semakin cerah.   Kami menikmati minum pagi agak lewat.  Nasi goreng. Nasi ini diedarkan oleh petugas Intratama beserta air mineral. Dessert ini kakak beli 3 dari petugas Intratama.  Halal.  Dua diberi kepada sahabat travel kami manakala yang ini kami berdua habiskan.  Sedap dan lembut..tidak berapa manis dan lemak rasanya.  Tanya kepada petugas Intratama dia sendiri tidak tahu nama kuih ni. Tiba jam 10 lebih.  Ini adalah bangunan Bang Sue Grand Station iaitu bangunan stesen Sleeper Train berhenti iaitu di Bangkok.  Besar dan luas macam di lapangan terbang.  Di stesen ini untuk ke toilet perlu siap sedia bawa botol kosong/botol mineral kerana tiada paip disediakan di dalam tandas. Bergambar beramai-ramai sebe...

SURABAYA

Image
Setelah mengikuti Pelayaran Islamik, kebetulan saya terbaca tentang pakej muslim ke Surabaya, Indonesia yang dikendalikan oleh Travel Agency iaitu Wira Saujana.  Yang menariknya pakej ini melawat masjid dan ke Gunung Bromo .  Lantas saya berbincang dengan kakak dan beliau nyata turut tertarik.  Kami google tempat-tempat lawatan dan sepakat untuk mengikuti trip ini. Tempoh trip 5 hari 4 malam dengan bayaran RM1,980.00 seorang.  Berdebar juga rasa di hati kerana Gunung Bromo di klasifikasikan gunung berapi aktif tahap dua.  Baru-baru ini Gunung Tangkuban Perahu di Bandung baru saja meletus. Pihak Travel Agency memaklumkan keadaan terkawal dan selamat untuk dikunjungi.  Sedikit lega di hati. HARI PERTAMA (3.8.2019) Saya dan kakak ke KLIA2 dihantar anak saudara.  Kami berkumpul di Starbuck jam 6.00 pagi.  Travel Agent menyerahkan luggage tag, hand carry bag serta buku aturcara lawatan.  Kami bergerak ke kaunter untuk check in lug...