IBU (BAHAGIAN 1)
Sepeninggalan ayahanda tercinta menghadap ilahi..seperti dunia ini tiada bererti lagi. Tinggallah diri ini menemani ibu tercinta. Ibu adalah segalanya bagi ku. Beliau selalu memberikan ku kekuatan semasa diri ku ditimpa musibah. Selalu memberikan ku kekuatan dan semangat. Baru hari ini diriku merasakan sedikit kekuatan untuk merakamkan memori bersama mu IBU. Sebenarnya entah mengapa setiap kali ku cuba untuk memulakan bait-bait ayat mengenai mu, mutiara jernih mula mengalir di kelopak mata ku. Sebak tetap ada hingga kini tetapi digagahi juga biar pun IBU, kamu telah dua tahun lebih pergi meninggalkan anak mu. Rasanya belum puas bermanja dengan mu. Masa-masa yang indah bersama mu tetap dalam ingatan ku ini. Setiap hari dan setiap waktu selesai solat tidak ku lupa mendoakan mu IBU DAN ABAH. Hanya itu yang mampu ku lakukan doa dari anak mu yang sentiasa mengingati mu. IBU maafkan anak mu kerana tiada bersama mu semasa dis...