MENJELANG SYAWAL
Alhamdulillah..sudah tiga kali ramadan saya lalui sepeninggalan ibu dan kakak tersayang. Rasanya Ramadan kali ini saya semakin tenang dan lebih kusyuk menghayatinya. Mungkin saya sudah boleh terima apa yang berlaku.. Di bulan ramadan ini waktu yang paling saya nanti-nantikan adalah waktu untuk solat tarawih. Bacaan oleh imam (pelajar tahfiz dari negara Amman) sungguh menusuk kalbu. Lazimnya saya dan sahabat saya akan mengambil saf di bahagian tengah berhampiran kipas memandangkan masjid ini belum dilengkapi penyaman udara. Walaupun ada kipas kehangatan tetap terasa. Parking kereta pula setiap malam betul-betul di pintu masuk masjid. Sampaikan ada yang perasan kerana setiap malam itulah tempat saya meletakkan kereta... Minggu terakhir ramadan adalah minggu di mana kuih yang ditempah mula diterima. Suasana di pejabat semakin ceria. Namun dalam kegembiraan untuk menyambut syawal terdapat perkhabaran melalui group whatsapp berhubung kapalt...