Posts

Kenanga

Image
Kenanga Wholesale Centre atau nama singkatnya KMC terletak di kawasan Pudu tidak jauh dari penjara Pudu.  Pertama Kali saya dengar tentang pusat membeli belah ini dari arwah kakak saya yang mengetahuinya dari anaknya.  Masa ITU saya Langsung tidak kisah. Tetapi sejak selalu berulang ke Kuala Lumpur dan antara tempat yang selalu dibawa oleh arwah abang ipar, kakak, Permata Hati dan Buah Hati adalah salah satunya KWC.  Kali pertama menjejakkan kaki ke sini bersama Nourish, kakak dan Buah Hati tetapi masa tu KWC tutup pukul 10.00 malam.  Saya melihat-lihat sahaja orang kata window shopping .  Sekarang diawalkan tutup jam 8.00 malam. Ada beberapa tingkat di sini.  Kemudahan yang disediakan di  lift dan escalator. Perkhidmatan teksi pun mudah. Setiap aras diletakkan petunjuk aras ke berapa dan jenis jualan bagi memudahkan pelanggan.  Rasanya kalau setiap aras dan ruang hendak ditinjau mak ai tak larat... Di sini pelbagai jualan seperti baju, ...

TBS

Image
Teringat pertama Kali saya menaiki Bas untuk ke Kuala Lumpur saya begitu berdebar-debar maklumlah saya sudah agak begitu lama tidak menaiki Bas apatah Lagi secara bersaorangan.  Pelbagai rasa bercampur baur macamana keadaan di dalam Bas, berhenti di mana, sampai nanti di mana nak dituju.  Bermacam-macam perkara bermain di kepala. Melangkah je kaki ke dalam Bas saya seperti terpegun..wah bukan macam Bas dulu-dulu ADA tv tetapi sebaliknya macam dalam kapal terbang di mana setiap kerusi penumpang ADA screen untuk dilayari.  Pelbagai cerita dihidangkan atas selera masing-masing. Lazimnya saya memilih untuk tidur sahaja memandangkan waktu perjalanan yang saya pilih adalah malam.  Dalam perjalanan hanya satu tempat Bas berhenti selama setengah jam iaitu berhampiran Keratong Dua atau adakala di Baru Kikir. Adakala juga kalau perjalanan balik pemandu hanya berhenti selama 10 minit sahaja di stesen minyak Petronas.  Tidak selalu mengalaminya tetapi pihak berkenaan ke...

MAJLIS PERPISAHAN

Image
Kedua-dua individu ini sangat berjasa pada pandangan saya.  Walaupun jawatan tidak setinggi mana tetapi saya sangat menyenangi mereka mungkin kerana sikap mereka. Kini mereka telah mula bercuti bersara.  Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi ketinggian, nama dan perangai.  Pendekata macam kembar tidak seiras.  Saya selalu mencuba mereka dengan memberikan mereka sesuatu tugasan, alhamdulillah mereka laksanakan dengan tekun dan begitu fokus.  Bagi mengingati jasa mereka satu makan malam telah diadakan atas usul daripada bos.  Jamuan ini memang sepatutnya telah diadakan dua minggu yang lalu tetapi memandangkan kekangan dari segi masa maka ia ditangguhkan dulu. Perancangan diatur dan tempat yang difikirkan sesuai dan agak privasi adalah di Chedoq.  Setelah pengesahan kehadiran diperolehi saya dan tiga yang lain memikirkan menu BBQ atas permintaan bos.  Saya macam biasa walau majlis tu biasa-biasa jer tetap akan cuba memastikan agar majlis te...

BANDUNG II

Image
Hari ini kami banyak menghabiskan masa di Hotel sementara menunggu  pemandu datang mengambil kami.  Apa lagi aktiviti kami adalah meninjau setiap sudut hotel untuk sessi bergambar.  Pekerja hotel di sini sangat sporting. Pantang dipanggil mereka akan datang menjadi jurugambar tidak kira lelaki atau wanita.  Menariknya di sini mereka semua berpakaian seragam bewarna hitam dari pegawai hingga pekerja bawahan.  Kami ke tingkat atas sekali untuk minum pagi.  Sambil minum para pengunjung berpeluang menikmati permandangan kota Bandung serta dibenarkan mengambil gambar. Di sini hanya yang bersarapan sahaja dibenarkan berbuat demikian. Kami kemudiannya bergerak ke Bandar Bandung untuk check in di hotel Ivory yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Bandung. Misi membeli belah pun bermula.  Kami ke Pasar Baru.  Sepanjang perjalanan ke Pasar Baru tidak kelihatan penyanyi jalanan mahu pun peminta sedekah. Banyak bet...

BANDUNG III

Image
Hari ini hari terakhir berada di Bandung.  Saya pagi-pagi lagi bangun dan berkemas. Macam biasa saya memang dah berkemas awal tetapi tetap juga pagi ni saya kemas lagi. Saya dan kakak turun menikmati sarapan pagi.  Kami memilih sudut paling jauh dan mula mengambil makanan sambil sesekali mata menjeling melihat ke arah dinding cafe Hotel Ivory yang dipenuhi lukisan di setiap sudut.  Tema mural adalah sesuai dengan cafe iaitu orang dan minuman.  Hem menarik sekali dengan kerusi dan kusyen di mana memberi keselesaan kepada yang menikmati hidangan. Selesai di setiap sudut kami mengambil gambar.  Kami pun naik masuk ke bilik. Setelah menemani BUAH HATI sebentar dii cafe kami menuju ke BOUTIQUE HIJAB dan satu boutique yang lain. Sempat membeli jubah sebagai kenang-kenangan. Kami ke cafe berhampiran iaitu Oxtale untuk menikmati makan tengahari dan masih meneruskan sesi berphoto di sini.  Rekabentuk dalamnya agak berbeza. Ia menggunakan tingkap sebagai hia...