RAMADHAN DAN AIDILFITRI 2016
Abang ipar yang saya anggap pengganti abah telah meninggal dunia pada akhir tahun lepas. Sudah tentu ketiadaan seorang lagi ahli keluarga ketika menyambut Ramadan dan syawal membuatkan saya dan ahli keluarga arwah yang lain merasakan ketiadaan beliau. Kalau dulu sewaktu saya ke rumah beliau di bulan Ramadan, beliau pastinya akan menunggu saya bersama kakak dan Permata Hati di TBS seterusnya akan membawa saya makan samada di kedai makan di Setiawangsa mahupun di kedai makan yang terletak dalam perjalanan pulang ke rumah. Tapi kali ini di tahun ini saya terasa kehadirannya di celah-celah orang ramai di TBS. Mungkin kerana kenangan lalu terbawa-bawa. Yang datang adalah kakak dan Buah Hati. Semuanya kini telah berubah dan kita sebagai insan perlu akur dengan ketentuannya dan perlu redha. Pada keesokan malam selepas berbuka puasa di Publika, saya dibawa oleh Buah Hati ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat terawih. Sekali lagi ingata...