Posts

KEK HUJAN PANAS

Image
Bahan-bahan: 250 gm planta/butter 1 cawan gula 2 cawan tepung kek/tepung superfine 5 biji telur B 6 sudu besar kelapa kering 3 sudu besar susu cair/segar 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanila Cara membuat: Bahagi kelapa kepada dua dan warnakan merah dan hijau. Pukul telur satu persatu Masukan tepung berselang seli dengan susu dan vanila Masukan kelapa yang telah diwarnakan tadi berselang seli sambil kaup balik sahaja (jgn pukul) Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dan dilapik baking powder. Bakar 170'c selama 45 minit. Cerita di sebalik kek ini: Resepi ini diperolehi dari rakan fb.  Pertama kali mencubanya dan alhamdulillah menjadi.  Sahabat baik sendiri mengakui sedap.  Sudah semesti yang membuat kek ini senyum sampai ke telinga.

KEK SANTAN

Image
Bahan-bahan dan cara membuat: 6 biji telor 2 cawan gula (Putar keduanya hingga kembang dan gebu) Masukkan ke dalamnya: 1/2 cawan minyak masak 2 cawan santan Pewarna hijau/perasa pandan Kacau lagi Kemudian masukan 3 1/2 cawan tepung naik sendiri putar hingga sebati Bakar 40 - minit. Cerita di sebalik kek ini: Aktiviti buat kek ni bagi mengisi masa lapang.  Tiada yang istimewa cuma dibuat sambil diperhatikan oleh sesorang yang ingin berlajar membuatnya sedangkan inilah kali pertama saya mencuba kek ini saya dapat dari rakan fb. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi ini.  Akhirnya kek ini habis diagih-agihkan kepada pembantu rumah, tetamu yang kebetulan datang berkunjung yang tinggal tidak sampai suku ...alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.

Biskut Peanut Butter

Image
Alhamdulillah siap juga akhirnya Biskut Peanut Butter resepi allaharhamah bonda.  Dulu semasa hayatnya allahyarhamah sering buat biskut ni.. Rasanya setakat ini biskut ini tiada dijual di mana-mana jadi sekiranya ada yang berminat untuk mencubanya silakan.  Cuma biskut ini menggunakan acuan seperti gambar: Bahan-bahan: 1 botol peanut butter *3/4 botol gula kaster *1 botol margerin *1 botol tepung tepung ubi Tepung gandum Kismis 1 biji merah telor Cara membuat: Putar gula bersama marjerin hingga kembang. Masukkan merah telor, putar lagi. Masukkan peanut butter dan putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung ubi dan masukka  tepung naik sendiri  (anggaran adunan tidak melekat di tangan ). Sebelum itu taburkan sedikit tepung kepada acuan dan letakkan sebiji kismis di dalamnya kemudiaan masukan adunan tadi. Tekan biar rata dan bakar selama 25 minitenggunakan api bawah ketuhar. Selamat mencuba.

IHYA' ULUMUDDIN (BAB 11)

Image
Assalamualaikum, Kali ini saya hendak kongsikan bahan bacaan yang saya pinjam dari sahabat, tajuk buku ialah IHYA' ULUMUDDIN.  Agak kelakar saya kongsikan terus bab 11.  Insyallah sekiranya saya berpeluang dan diizinkan Allah saya akan kongsikan bab 1-10.  Pertama kali terbuka pintu hati untuk kongsikan bahan bacaan berkaitan keagamaan sebelumnya saya kongsikan resepi dan pengalaman ke sesuatu destinasi bersama keluarga.  Saya hanya mencatat dalam bentuk yang ringkas. A. PERKARA-PERKARA YG HARUS DIPERHATIKAN OLEH SESEORANG TENTANG MAKAN 1. ADAB-ADAB SEBELUM MAKAN a. Makanan hendaklah halal. b. Membasuh kedua-dua tangan. c. Berniat makanan akan menguatkan diri dalam menjalankan segala amalan-amalan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT. (berhenti makan sebelum kenyang) d. Rela dan merasakan cukup dengan apa yang dihidangkan dihadapannya. e. Bersungguh-sungguh agar dapat makan bersama orang ramai (keluarga, kawan-kawan, anak-anak dll) 2. ADAB-ADAB SEWAKTU MAKA...

SATU KEJUTAN YANG DIJANGKA

Image
Kali ini saya ingin menceritakan satu kisah yang berlaku sewaktu saya hendak ke Pulau Pinang. Saya ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional jam 1.30 petang.  Sampai di Terminal Bas TBS jam 6.30 petang.  Saya mencari-cari kelibat kakak dan kelihatan dia duduk di Balai Ketibaan.  Saya kemudiannya terus dibawa ke Publika katanya menunggu isteri PUTERA HATI di situ.  Ala rasanya dia orang ini nak celebrate hari lahir ku.  Naluri saya mengatakan begitu tapi tidak berani mengatakannya. Saya dan kakak menunggu mereka agak lama juga alasan menunggu PERMATA HATI selesai bertugas.  Sementara menunggu kami masuk ke kedai DAISO kalau sebelum GST kami sebut kedai RM5.00 tapi sekarang dah jadi RM5.40.  Macam juga kedai RM2.00 sudah jadi RM2.12.  Baru hendak memilih kedengaran makluman bahawa kedai akan ditutup.  Sempatlah membeli kerusi lipat yang sesuai dibawa ke pusara. Saya kemudiannya menuju terus ke kedai makan dan kelihatan PERMATA HATI dan BUAH...

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PINANG/

Image
Percutian ke Utara dirancang tetapi tidak serius.  Namun direalisasikan oleh PERMATA HATI dengan membuat tempahan tiket penerbangan secara On Line.  Memandangkan PERMATA HATI  tidak dapat mengambil cuti panjang maka kami hanya ada dua hari sahaja ke sana. Jam 3.00 pagi kami bersiap-siap ke KL SENTRAL.  Kami dihantar oleh BUAH HATI jam 4.00 pagi.  Terus menuju ke tempat bas untuk ke KLIA2.  Tambang yang dikenakan adalah RM10.00 seorang.  Sampai di situ kami check in barang agar memudahkan.  Memandangkan jadual penerbangan ditangguhkan ke jam 10 pagi kami memutuskan untuk mengalas perut terlebih dahulu.  Kami ke tingkat atas untuk sarapan pagi.   Menu pilihan kami adalah nasi lemak bersama air kopi dan teh.  Dalam masa yang sama PERMATA HATI dan ayahnya ke kaunter pertanyaan untuk tujuan pengesahan waktu penerbangan.  Semasa saya dan kakak mula menjamah makanan PERMATA HATI memaklumkan penerbangan mengikut jadual 8.15 pagi...

PERCUTIAN BERMAKNA (BUKIT GAMBANG RESORT)

Image
Sebelum memulakan perjalanan kami singgah sebentar di kedai Pak Ngah Mak Ngah di Sungai Puteri, Mukim Rompin.  Kalau di Kuala Rompin kedainya terkenal dengan nasi dagang.  Kedai ini sekarang diusahakan oleh anak-anak dan menantu Pak Teh dan Mak Teh.   Seronok makan dengan keluarga begini.  Masing-masing dengan citarasa sendiri.  Ada yang minta nasi lemak berlaukkan lauk nasi dagang dan ada yang makan nasi dagang.  Selesai sahaja kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan. Singgah sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.  Sekadar sesi fotografi sahaja.  Setelah selesai kami  menyambung perjalanan menuju ke Bukit Gambang Resort.  lokasinya terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuantan.  Sesampai sahaja kami terus mencari penginapan Arabian Bay Resort.  Kami memilih family deluxe yang harganya RM400.00  semalam.  Segala urusan pendaftaran diurus oleh PERMATA HATI.  Setelah selesai urusan chec...