Posts

PERCUTIAN BERMAKNA (BUKIT GAMBANG RESORT)

Image
Sebelum memulakan perjalanan kami singgah sebentar di kedai Pak Ngah Mak Ngah di Sungai Puteri, Mukim Rompin.  Kalau di Kuala Rompin kedainya terkenal dengan nasi dagang.  Kedai ini sekarang diusahakan oleh anak-anak dan menantu Pak Teh dan Mak Teh.   Seronok makan dengan keluarga begini.  Masing-masing dengan citarasa sendiri.  Ada yang minta nasi lemak berlaukkan lauk nasi dagang dan ada yang makan nasi dagang.  Selesai sahaja kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kuantan. Singgah sebentar di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.  Sekadar sesi fotografi sahaja.  Setelah selesai kami  menyambung perjalanan menuju ke Bukit Gambang Resort.  lokasinya terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuantan.  Sesampai sahaja kami terus mencari penginapan Arabian Bay Resort.  Kami memilih family deluxe yang harganya RM400.00  semalam.  Segala urusan pendaftaran diurus oleh PERMATA HATI.  Setelah selesai urusan chec...

MAJLIS TAHLIL

Image
Sebenarnya majlis tahlil ini sepatutnya diadakan pada bulan Januari 2015 tetapi memandangkan PERMATA HATI melakukan persiapan perkahwinan, maka majlis tahlil ditunda ke satu tarikh lain yang sesuai.  Namun tiada siapa yang tahu rahsia allah, abang kesayangan ku telah meninggal dunia.  Setelah berbincang dengan kakak kesayangan ku, abang ipar dan PERMATA HATI tarikh yang sesuai untuk diadakan majlis tahlil serta majlis doa selamat (sahabat ku yang akan menunaikan ibadah umrah), maka segala persiapan diatur dari menempah makanan, menjemput rakan sekerja dan saudara mara. Allah jua menggerakkan hati ini agar menjemput anak-anak tahfiz seramai 40 orang.  Dengan izinnya menantu sahabat ku menjadi wakil menjemput serta menempah bas untuk memudahkan anak-anak tahfiz ke rumah ku serta mengadakan perbincangan dengan ustaz anak-anak tahfiz bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Hendak dijadikan cerita pada hari yang sama turut diadakan majlis tahlil untuk allahyarham ...

HARGA DIRI

Dalam melayari kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh tertalu mementingkan diri sendiri.  Kita perlu melihat dan menoleh ke sekeliling, ke atas dan ke bawah agar kita tidak menjadi orang yang sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada.  Sesungguhnya pangkat setinggi mana pun kalau tidak disertai perangai yang baik ianya tidak akan ke mana.  Perlakuan sedemikian malah mengundang ramai menjauhi manusia seperti ini.  Mungkin kita merasa bangga kuasa di tangan kita.  Kita boleh mengarahkan sesuka hati walau pun arahan itu menyusahkan orang lain.  Kerana kita berasa seronok mengenakan orang.. tak gitu. Sedarlah bahawa hidup ini ibarat roda.  Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.  Kita tidak akan menongkat langit selamanya.  Toleransi perlu disemai. Perasaan sesama insan perlu dijaga agar tidak  saling menyakiti.  Ibarat menarik rambut dalam tepung... Pertuturan dan tingkah laku melambangkan keperibadian.  Tidak w...

MUZIK NUSANTARA

Image
Menghadapi STRESS bukanlah satu perkara yang mudah.  Hampir dua minggu juga melalui STRESS. Saat-saat sukar untuk digambarkan betapa STRESS melanda.  Rasanya penuh, padat dalam kepala.  Banyak faktor menyumbang kepada situasi demikian.  Saya sendiri cuba mengawal minda, memujuk diri sendiri bagi mengawal STRESS.  Ada masa ke pantai menikmati tiupan angin, memandang ke lautan dan sudah tentu menikmati makanan.  Rasa sedikit lega mula dirasai.  Bayangkan dalam tempoh itu makan tidak mengikut jadual.  Cuma tidur tersangatlah lena...nasib baik.  Rasa macam nak tumbang pun ada..jadi penemannya adalah mendapatkan ubat bagi mengawal tekanan darah rendah.  Satu lagi penyakit datang. Setelah semuanya selesai. Saya mengambil cuti.  Dengan menggunakan khidmat pengangkutan awam saya meredah kegelapan malam untuk ke Kuala Lumpur.  Perkara pertama untuk hilangkan STRESS selain solat sudah pastikan kan! Saya ke pusat membeli belah ditemani ...

PERKAHWINAN PERMATA HATI BHGN II

Image
Pada hari Khamis saya dan rakan bersiap awal untuk memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.  Segala barang-barang untuk dibawa ke sana telah diletakkan di satu sudut bagi mengelakkan dari tertinggal. Selesai memasukkan barang-barang ke dalam kereta, kami memulakan perjalanan.  Singgah sebentar minum pagi dan seterusnya berhenti untuk merehatkan kaki di hentian Temerloh.  Sampai di KL saya terus menolong kakak di dapur menyediakan masak merah udang atas permintaan BUAH HATI dan goreng sayur.  manakala PERMATA HATI dan BUAH HATI mengemas ruang untuk majlis berinai. Malam ini malam berinai.  PERMATA HATI mengenakan gaun labuh putih beserta tudung putih.  Comel sangat.  Majlis berinai bermula.  Saya pun tumpang sekaki berinai.  Tetamu mula sampai ke rumah (keluarga).  Seronok dapat berjumpa dan berkumpul.  Sesi bergambar dengan pengantin bermula.  Selain itu kami seorang demi seorang menyuapkan kurma dan air zamzam kepada pengantin...

PERKAHWINAN PERMATA HATI (SIRI I)

Tarikh telah ditetapkan.  Cuak juga hati ini kerana telah dimaklumkan cuti dibekukan sehingga bulan Januari 2015.  Perkara ini dimaklumkan kepada Permata Hati.  Kalaulah berlarutan sampai ke tarikh kahwinnya bererti saya hanya boleh hadir di majlis jamuan sahaja. Tidak dapat nak menolong kakak membuat persiapan menjelang majlis itu berlangsung.   Sebelum ini saya diminta oleh Permata Hati menyediakan puding kastad dan satu jenis lagi puding untuk meja pengantin bagi acara akad nikah dan sanding.  Perbincangan demi perbincangan diadakan walau pun dalam jarak jauh, whatsapp adalah penghubung kami.  Harap-harap cuti ku dan sahabat ku merangkap co-pilot ku lulus.  Satu ketetapan telah dibuat agar saya menyediakan puding roti bersos kastad pada majlis akad nikah dan puding kastad pada majlis sanding.  Hari demi hari berlalu tinggal beberapa hari lagi akan menjelang.  Saya telah menyediakan sendiri baju jubah ala riau dan menjahit sendiri ma...

VIETNAM LAGI (SIRI III)

Image
Hari ini hari ketiga berada di Ho Chin Minh dan merupakan hari terakhir berada di sini.  Saya  terlupa menyatakan bahawa di sini uniknya bila dikaitkan dengan majoriti orang-orangnya menaiki motor adalah HELMET.  Helmetnya agak ringan dan kalau dipakai di Malaysia untuk menaiki motor memang tidak diluluskan kerana tiada ciri keselamatan.  Harganya kalau dalam ringgit malaysia tidak sampai RM10.00.  Wow murah.  Hajat hati nak dapatkannya satu tapi tengok keadaan macamana kerana area Ben Thanh Market tidak ada dijual.  Lazimnya di jual di kaki lima.  Cantik boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan warna. Seperkara lagi tentang penunggang motor mereka boleh dikatakan memakai penutup hidung.  Saya pernah membeli penutup hidung ini yang dibuat dari kain.  Harga satu RM5.00 sahaja.  Di sini dijual dalam tambunan dalam pelbagai corak dan warna.   Bagi wanita yang menaiki motor kali ini yang menarik perhatian saya adalah akses...