Posts

LAILA MANJA

Image
Pada kali ini saya hendak berkongsi pengalaman menghadiri teater di Istana Budaya.  Pementasan kali ini bertajuk Laila Manja.  Cerita adaptasi dari filem Melayu arahan dari Allahyarham Jamil Sulong.  Saya lupa pula pelakon utama tetapi jalan cerita masih segar diingatan.  Memasuki dewan Istana Budaya dengan duduk di barisan kedua tetamu kehormat.  Seronok sangat dengan layanan istimewa dari pihak Istana Budaya.  Semasa menunggu pementasan bermula, saya kakak dan Buah Hati melihat petikan cerita Mok Chun dll.  Tiba-tiba kami terpandang penyanyi Amy Search dan isteri berdiri untuk mencari tempat.  Kami bersalaman serta saling bertanya khabar lantas mereka berdua mengambil tempat disisi kami demikian juga dengan Iezan dan Farhan.  Rindu dengan mereka sejak percutian di New Zealand baru-baru ini.  Pementasan bermula dengan semua penonton diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negara Ku.  Adegan pertama terus disogokan dengan Sariyant...

BISKUT MARMAR CARRIE

Image
Bahan-bahan: 150 gm butter 200 gm gandum 50 gm gula halus 60 gm tepung jagung 15 gm susu tepung 1/2 sudu kecil,vanila Cara membuat: Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukan tepung jagung, susu tepung.  Kacau rata. Masukan tepung gandum sedikit demi sedikit.   Canai dan terap ikut suka. Dulang pembakar hendaklah disapu dengan butter. Cara membuat bising: 40 cc putih telor (anggaran satu biji telor gred B) 150 gm gula ising 15 gm tepung jagung Sedikit vanilla Cara membuat: Pukul putih telor bersama gula ising.  Masukkan tepung jagung dan vanilla..pukul lagi hingga sebati. Letakkan ising di atas biskut tadi dan lorekan dengan coklat paste di atasnya. Resepi ini dari arwah kakak.  Alhamdulillah.  Says telah mencuba pelbagai resepi dari lain-lain sumber malangnya icing nya hanyut dan tidak cantik setelah dibakar.

Nasi Daging

Image
Entah tiba-tiba tekak teringin nak makan Nasi Daging.  Memandangkan daging yang diberi sebelum bercuti raya masih belum dimasak, saya merajinkan diri untuk memulakan misi.  Teringat pula pertama kali saya makan nasi daging sewaktu beraya di rumah kakak.  Dia menyediakan menu ini.  Agak janggal sebab tiada lauk lain.  Tetapi setelah beberapa kali makan tekak dah boleh terima.  Bahan-bahan: 1/2 kilo daging ( potong kiub sederhana kecil dan rebus) 2 1/2 cawan beras (basuh dan tos) Sedikit minyak 1 sb marjerin 1/4 kiub pati ayam 2 1/4 air rebusan daging 1/2 cawan susu cair 1 sb sos tomato *1 sb rempah kurma *1/2 paket 3 sekawan *1/2 ulas bawang besar (potong nipis) *2 ulas bawang putih (potong nipis) *1 helai daun pandan Panaskan minyak bersama marjerin. Tumis bahan bertanda *.  Kacau kemudian masukkan beras.  Kacau rata. Masukkan air rebusan daging,  susu cair dan sos tomato. Bila,mendidih, pindahkan ke periuk nasi letrik. Tam...

RAMADHAN DAN AIDILFITRI 2016

Image
Abang ipar yang saya anggap pengganti abah telah meninggal dunia  pada akhir tahun lepas.  Sudah tentu ketiadaan seorang lagi ahli keluarga ketika menyambut Ramadan dan syawal membuatkan saya dan ahli keluarga arwah yang lain merasakan ketiadaan beliau. Kalau dulu sewaktu saya ke rumah beliau di bulan Ramadan, beliau pastinya akan menunggu saya bersama kakak dan Permata Hati di TBS seterusnya akan membawa saya makan samada di kedai makan di Setiawangsa mahupun di kedai makan yang terletak dalam perjalanan pulang ke rumah. Tapi kali ini di tahun ini saya terasa kehadirannya di celah-celah orang ramai di TBS.  Mungkin kerana kenangan lalu terbawa-bawa.   Yang datang adalah kakak dan Buah Hati.  Semuanya kini telah berubah dan kita sebagai insan perlu akur dengan ketentuannya dan perlu redha. Pada keesokan malam selepas berbuka puasa di Publika,  saya dibawa oleh Buah Hati ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat terawih.   Sekali lagi ingata...

MAJLIS TAHLIL 2016

Image
Hasrat hati untuk mengadakan majlis tahlil disuarakan kepada kakak.  Sudah berapa kali majlis ini tertunda namun kali ini saya nekad walau pun lenat belum hilang balik dari percutian. Setelah tetapkan tarikh sesuai dengan kelapangan Buah Hati dan Adiknya, saya terus menghubungi caterer untuk tempahan nasi arab ayam.  Harga satu kepala RM6.50 termasuk air.  Saya turut mengundang jiran, rakan di pejabat dan anak-anak tahfiz.  Sehari sebelum majlis tahlil saya mula mengemas rumah, pendekata hari tu tak menang tangan  dibuatnya.  Daripada menyusun kerusi meja hingga menyusun pinggan mangkuk dan gelas.  Alhamdulillah kakak dan anaknya yang sulung datang awal dapatlah menolong.  Pada hari tahlil, Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya, seperti biasa macam-macam bermain di fikiran, takut jemputan tidak ramai yang datang, takut kalau ramai datang makanan pula tidak mencukupi. Dalam pukul 4 katerer sampai menghantar makanan nasi arab dan juga rakan...

NEW ZEALAND VIII

Image
Hari ini hari terakhir berada di bumi New Zealand.  Penerbangan kami sebelah malam. Jadi kami mengambil keputusan ke satu tempat peranginan iaitu Piha.  Cuaca di sini tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas.  Dalam perjalanan dapat kami melihat keindahan permandangan.  Masih melalui tasik untuk sampai ke Piha. Kelihatan Lions Rock dari jauh mengadap ke laut..   Kami menghampiri Lions Rock.  Angin terlalu kuat.  Sewaktu saya merakamkan video saya memegang kemas telefon saya. Di sini pasirnya hitam. Dan terdapat sebuah kedai menjual air dan makanan.  Memandangkan angin terlalu kencang kami berteduh di kedai tersebut. Saya dan kakak ke tandas awam yang terletak lebih 100 meter dan kami perlu berjalan kaki ke sana. Keadaan di sini Agak sunyi sikit.  Kalau di lihat dari luar tandas ini macam tidak terurus tetapi jangkaan saya msleset.  Di dalamnya memang bersih. Kami sempat mengambil gambar dalam perjananan k...

NEW ZEALAND VII

Image
Hari ini kami,bersarapan di Homestay disediakan pemilik.  Isteri pemilik sangat ramah.  Menurut beliau dan suaminya biasanya pelancong yang datang disarankan ke New Zealand utara terlebih dahulu kemudian baru ke New Zealand selatan.  Kerana New Zealand selatan permandangannya paling cantik.  Lazimnya untuk ke sesuatu destinasi mengambil masa 3-4 jam.  Jadi untuk satu minggu tidak,mencukupi bagi melawat tempat-tempat menarik. Sarapan pagi kami adalah nasi goreng dan roti.  Manakala air pula air teh dan susu segar turut disediakan. Kami kemudian menggunakan dua buah kereta untuk bersiar-siar di bandar Auckland. Tempat pertama yang dibawa oleh rakan kepada kumpulan kami adalah Harbour Bridge.  Bandaraya terletak,di tepi laut.  Kelihatan dari jauh menara dan perahu layar dan boat mewah berlabuh. Kami berhenti sebentar di kedai.  Sudah pasti pilihan kami,adalah hot chocola...